Tanggungjawab Pengguna Forum

View previous topic View next topic Go down

Tanggungjawab Pengguna Forum

Post  Admin on Sat Apr 05, 2008 8:25 pm

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu kami mengucapkan selamat datang kepada para peniaga dan pengunjung Forum Global Business (FGB).
Adalah dimaklumkan di sini bahawa segala urusan jual-beli di dalam forum ini (FGB) adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Begitu juga dengan penggunaan tips, petua dan apa jua panduan di forum ini.
Pihak kami (Pengurusan FGB) tidak akan bertanggungjawab atau membayar sebarang gantirugi/ pampasan di atas sebarang penipuan samada kepada PENIAGA atau PEMBELI yang berurusniaga di dalam forum ini.
Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada penggunaan forum ini. Segala kecuaian atau penipuan yang berlaku adalah di luar bidang kuasa kami.

Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan undang-undang terhadap salah-laku yang dilakukan oleh PENIAGA/ PEMBELI di FGB. Semua maklumat, produk atau perkhidmatan adalah dibawah tanggungjawab sepenuhnya pemilik kedai.
Namun yang demikian, kami akan pamerkan nama-nama pengguna forum ini (samada PENIAGA @ PEMBELI) yang melakukan penipuan semasa berurusniaga sebagai langkah peringatan kepada pengguna lain.
Sekiranya berlaku penipuan, sila laporkan kepada kami dan jika ianya melibatkan laporan pihak berkuasa, kami sedia memberikan kerjasama.
Harap maklum.
Selamat berniaga dan membeli-belah.
Salam Hormat,
Pengurusan Global Business

Admin
CEO

Male
Number of posts : 15
Age : 36
Location : Malaysia
Registration date : 2008-04-04

View user profile http://globalbusiness.bigforumpro.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum