Peraturan & Kod Etika Forum

View previous topic View next topic Go down

Peraturan & Kod Etika Forum

Post  Admin on Fri Apr 04, 2008 5:49 pm

PERATURAN & ETIKA FORUM GLOBAL BUSINESS (FGB).

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Setiap ahli yang berdaftar secara automatik akan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pengurusan Forum Global Business (FGB). Pastikan ahli-ahli FGB membaca dengan teliti dan memahami semua peraturan forum sebelum melakukan apa-apa posting atau membuka topik baru.
1. Sebelum membuka topik baru, anda digalakkan membuat CARIAN di dalam FGB berkenaan dengan isu yang ingin di utarakan. Sila pastikan topik tersebut belum dibuka. Ini untuk mengelakkan topik yang sama dibuka berulang kali. Tajuk bagi topik baru mestilah jelas dan nyata, bersesuaian dengan isu yang ingin di ketengahkan. Sekiranya anda sering melakukan kesalahan dengan membuka topik sesuka hati, kami berhak untuk membuang posting anda.
2. Jika didapati topik anda dibuka di tempat yang tidak sesuai, kami akan memindahkan ke kategori yang sepatutnya tanpa diberitahu terlebih dahulu.
3. Sila pastikan topik atau bahan-bahan posting anda tidak bertentangan/ melanggar undang-undang Negara Malaysia mahupun undang-undang dan peraturan di FGB. Anda dilarang sama sekali menyentuh isu-isu semasa yang berkaitan dengan soal politik, perkauman dan keagamaan.
4. Anda dilarang keras dari menggunakan bahasa yang tidak elok/ kurang sopan di mana-mana bahagian dalam posting anda. Anda juga ditegah dari menggunakan perkataan menghasut, kasar, lucah atau bertujuan untuk menjatuhkan seseorang ahli. Kami akan membuang topik/ ayat/ perkataan tersebut tanpa sebarang notis. Kami disini menekankan penggunaan bahasa yang BERHEMAH. Sekiranya peraturan ini dilanggar dan terdapat aduan dari ahli forum, tindakan ban serta merta akan diambil pada pesalah terbabit.
5. Anda juga dilarang mempromosikan sebarang pelaburan yang tidak sah di sini.
6. Anda di larang sama sekali SPAM di mana-mana bahagian di forum ini. Sekiranya kami menerima laporan dari ahli, keahlian spammer akan di ban.
7. Pihak Pengurusan FGB akan sentiasa mengemaskini peraturan dan kod etika forum dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.
Selamat berforum kami ucapkan. Semoga anda mendapat info dan menafaat yang berguna dari forum ini.
Salam Hormat,
Pengurusan Global Business

_________________
DAH BACA PERATURAN FORUM??? Klik di sini

Admin
CEO

Male
Number of posts : 15
Age : 36
Location : Malaysia
Registration date : 2008-04-04

View user profile http://globalbusiness.bigforumpro.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum