Undang-undang Dan Syarat UMUM Pengiklanan FGB

View previous topic View next topic Go down

Undang-undang Dan Syarat UMUM Pengiklanan FGB

Post  Admin on Mon Apr 07, 2008 1:18 am

Berikut adalah undang-undang dan syarat-syarat UMUM Pengiklanan Forum Global Business (FGB). Ahli yang berdaftar secara automatik akan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Pengurusan FGB. Pastikan ahli-ahli FGB membaca dan memahami undang-undang ini sebelum meletakkan iklan atau membuka kedai online (Berbayar atau Percuma).

1. Kedai Online PERCUMA, BERBAYAR atau IKLAN hanya dibuka kepada ahli-ahli FGB sahaja.

2. Ahli mestilah bersetuju untuk mengikut semua undang-undang, peraturan, terma dan syarat-syarat yang termaktub di dalam FGB sebelum membuka Kedai Online. Sebarang arahan dan teguran yang di buat oleh pihak pentadbiran dan pengurusan FGB hendaklah diambil perhatian.

3. Ahli dilarang mengiklankan segala bentuk iklan atau promosi yang bertentangan dengan undang-undang Negara Malaysia mahupun undang-undang FGB.

4. Anda mesti meletakkan tanda harga pada setiap barang yang dijual di Kedai Online (Percuma atau Berbayar). Jika tidak, besar kemungkinan kedai anda akan di kunci buat sementara waktu.

5. Ahli dilarang sama sekali mengiklankan/ melakukan promosi produk anda di luar daripada Kedai Online yang disediakan. Jika ini berlaku, kami akan membuang iklan tersebut tanpa NOTIS.

6. Anda juga dilarang mengiklankan produk anda di kedai online peniaga lain dengan niat untuk menjatuhkan perniagaan pihak berkenaan.

7. Anda dibenarkan meletak link-link url contohnya: website, blog atau program affiliate milik anda sahaja. Link-link bukan kepunyaan anda tidak dibenarkan sama sekali.

8. Ahli hendaklah bertangungjawab sepenuhnya ke atas iklan atau kedai online anda. Kami tidak bertangungjawab atas segala bentuk iklan/ promosi yang di lakukan oleh peniaga.

9. Ahli dilarang keras dari mengiklan sesuatu yang berbau hasutan, isu-isu sensitif, perkauman dan bahan-bahan lucah. Mana-mana kedai yang didapati menjual produk/ perkhidmatan tersebut akan dikenakan tindakan keras seperti padam kedai atau ban keahlian.
10. Pihak kami berhak untuk menghapus/ mengedit/ menghalang/ tidak menayangkan iklan yang dipasang jika tidak mematuhi terma dan undang-undang FGB. Mana-mana kedai yang dilaporkan mewujudkan kontroversi atau menyalahi undang-undang akan diberi AMARAN dan dikenakan tindakan. Pemilik kedai tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi terhadap setiap tindakan tersebut.
11. Kami di FGB tidak akan memberikan data-data peribadi ahli-ahli FGB kepada pihak ketiga dengan apa cara sekalipun, KECUALI kepada pihak berkuasa dengan persetujuan ahli tersebut. Kami menghormati privasi anda.
12. Jika ada pengiklan lain di kedai online BERBAYAR anda, peniaga hendaklah melaporkan kepada Admin dengan kadar segera untuk tindakan lanjut.

13. Kami di FGB berhak meminda undang-undang, peraturan, terma dan syarat-syarat tanpa diberitahu terlebih dahulu.
Selamat berniaga dan membeli-belah. Semoga perniagaan anda terus maju hingga ke peringkat Global.
Salam hormat,
Pengurusan Global Business.

_________________
DAH BACA PERATURAN FORUM??? Klik di sini

Admin
CEO

Male
Number of posts : 15
Age : 36
Location : Malaysia
Registration date : 2008-04-04

View user profile http://globalbusiness.bigforumpro.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum